ana cuma hamba Allah..apa yang ana tulis ni sekadar perkongsian bersama..insyaAllah.sama2 kita menjadi hamba Alla yang soleh dan solehah!:)
Friday, 15 November 2013
Friday, 24 May 2013
NiQab yg Menutup Wajah itu Satu Perjuangan
~ Sebuah perkongsian pengalaman seorang pelajar IPT
Dewan kuliah besar pauh putra tiba-tiba sunyi dan senyap setelah seorang professor menolak pintu.
Aku yang sedang membelek-belek jadual waktu mengangkat wajah.
Menyoroti langkah pensyarah ke bahagian hadapan dewan sambil membetulkan dudukku.
Aku capai buku nota kuliah di dalam beg galas yang berada dihujung kaki.
"Assalamualaikum dan selamat pagi..welcome back to a new semester.
Tahniah kerana anda menjadi pelajar saya dan selamat datang ke kuliah pertama untuk subjek thinking skill"
Ujar lelaki yang usianya dalam lingkungan 40-an.
Dia melemparkan senyum kepada seisi dewan.
Lontaran salam itu dijawab oleh pelajar yang hampir memenuhi dewan.
Aku menjawab perlahan yang tahap bunyinya hanya mampu didengar oleh diriku sendiri.
Ada senyuman yang megah meniti di bibirnya.
Aku mengerutkan dahi.
Cepat2 aku istighfar.
Tak mahu bersangka buruk kepada seseorang yang baru sahaja aku kenal.
"Ok class. My name is Professor Madya Dr Rashid Salleh.
I am your lecturer for this subject.
Hmmm..hari ini saya tidak bercadang untuk mengajar anda semua.
Kuliah kita yang sebenar akan bermula pada minggu depan.
Minta anda semua menanda kehadiran pada hari ini yaa.."
Prof Rashid menghulurkan beberapa helaian kertas yang terdapat senarai nama untuk ditanda kehadiran oleh pelajar-pelajar yang hadir pada hari itu.
"Ok....let's start ice breaking!!"
sambungnya sambil memandang ke arah tengah dewan.
Lebih tepat lagi ke arah tempat dudukku.
Anak matanya mati tepat ke arahku.
Waktu itu aku menundukkan pandanganku.
Sudah aku tahu apa yang bermain di fikiran lelaki hampir separuh usia itu.
Debaran mula dirasai.
Nafasku tidak menentu di sebalik cebisan kain yang menutupi wajahku.
"I want to start from right. Please introduce your name, hometown and your course."
Fuhhhhh!!..Aku melepaskan nafas lega.
Risau jika aku dipanggil ke depan dan diminta keluar dewan kerana penampilan aku sebegini..
ALhmdulillah...
Tidak seperti yang dijangkakan oleh fikiran.
Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan dirinya sehinggalah sampai kepada giliran aku.
"Saya Ummu Ummairah binti Abu Bakar. Berasal dari Kelantan.
Pelajar dari kejuruteraan kimia."
Aku merasakan dewan kuliah besar itu sunyi sepi.
Udara yang memasuki hidungku terasa dingin.
"Hmmm...kamu tahukah yang peraturan universiti di Malaysia ini tentang larangan berpurdah di dalam kawasan kampus..??"
Tanya Prof Rashid tenang.
Tiada terlalu kuat.
Tapi kedengarannya di telingaku cukup sinis.
Aku berdiri sambil menundukkan kepala.
Mataku pejam rapat2 seketika untuk mencari kekuatan.
Aku mengangguk perlahan.
Tidakku pasti samada pensyarah berjaket biru gelap itu melihat anggukanku kerana dia sudah mula mengatur langkah kembali ke depan dewan.
Sunyi.
Pelajar semua diam. Dan aku tersangat yakin yang semua mata sedang memandang ke arahku.
"Saya bagi kamu pilihan.....samada kamu ingin membuka purdah kamu atau kamu mahu meninggalkan dewan kuliah ini dan menggugurkan subjek saya.
Saya pantang jika pelajar melanggar peraturan."
Tersentak aku.
Tidakku sangka aku diberi pilihan yang sebegitu oleh seorang pensyarah yang beragama "ISLAM"
Seseorang yang hidupnya sebagai seorang Islam.
Ya ALLAH.....KAU berikanlah aku kekuatan!
"Untuk membuka purdah ini...itu jauh sekali.
Jika kehilangan nyawa sekalipun belum tentu saya akan membukanya.
Saya minta maaf prof....
Saya memilih untuk meninggalkan dewan sekarang.
Tapi saya tidak akan menggugurkan subjek ini.
Prof hanya perlu bagitau saya kelas thinking skill yang mana lagi selain kelas prof saya boleh ikuti jika prof tidak mahu saya menjadi pelajar prof."
Tenang dalam ketegasan aku saat itu.
Hanya pandangan mata yang redup yang mampu aku pamerkan.
Riak wajahku takkan mampu dibacanya.
Kelas sunyi dan terus sunyi.
Aku duduk dan megambil nota-notaku diatas meja dan memasukkannya ke dalam bag tanpa mempedulikan sesiapa.
Aku sedayanya cuba mengawal suaraku untuk mengelakkan diri dikatakan biadap.
"owh ya??...selalunya orang yang bersikap macam inilah yang menghancurkan organisasi.
Menghancurkan negara kerana keengganan untuk mematuhi peraturan.
Kamu pelajar dan kamu terikat dengan peraturan di sini."
sinis kata-kata itu.
Aku terkaku.
Ya ALLAH..sungguh..aku sedang diuji..
Dan aku harus pertahankannya.
Aku harus membuka mata hatinya tentang hakikat sebuah peraturan.
"Kenapa harus mematuhi peraturan yang digubal manusia yang mengikut kehendak dan kemahuan diri sedangkan manusia itu sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.???
Kenapa pelajar tidak boleh untuk berpurdah dan mengamalkan sunnah seperti yang telah diajar oleh Islam.???"
Soalku penuh kelembutan.
Begitulah sifat yang ada padaku.
Dalam marah dan tegas itu ada kelembutan yang aku sendiri tidak pasti dari mana lahirnya.
Prof Rashid memandang tepat ke arahku sambil membetulkan kaca matanya..
Disilang tangannya ke dada..
"Dan kenapa kamu memilih untuk berpurdah??
Apa tidak ada sunnah lain yang boleh kamu ikut selain berpurdah??
Banyak keburukannya untuk institusi pendidikan di Malaysia.
Apa wajah kamu terlalu cantik untuk dipamerkan??.."
Ada ketawa kecil dan sinis kedengaran memenuhi seisi dewan.
Ketawa yang dibuat-buat itu buat hati aku sedikit terusik.
Mungkin tercalar dan sakit..
Aku tarik nafas sedalamnya, cuba mencari ketenangan di dalam dada sebelum bersuara untuk sekelian kalinya.
"Maafkan saya sekali lagi prof.
Bukan saya mahu berlagak pandai dan bijak kerana saya tahu prof jauh lebih bijak dari saya.
Tapi satu perkara yang prof harus tahu yang ada 3 sebab untuk berniqab.
Pertama seseorang itu berniqab kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat.
Dalam keadaan ini wajib untuk dia berpurdah.
Kedua, diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memiliki wajah yang kurang cantik@ mempunyai kecacatan pada wajahnya sehingga dia menjadi bahan ejekan, cacian dan hinaan.
Oleh sebab itu dia mahu menutup keaiban dirinya.
Yang ketiga, berpurdah bagi seseorang yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memelihara kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya..
Juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah saw dan para nabi.
Itu amat digalakkan.
Alhamdulillah..saya bukanlah dalam kategori perempuan yang csntik dan jelita paras rupa sehingga menjadi tarikan para lelaki.
Dan syukur pada ALLAH kerana saya juga bukan dalam golongan yang mempunyai kecacatan pada wajah yang menyebabkan saya untuk menutup keaiban itu..
Tapi saya memilih purdah itu kerana sebab yang ketiga.
Kerana ibadah ikhlas kerana ALLAH..
insyaALLAH.."
Dewan masih lagi sunyi saat aku menghabiskan kata-kata terakhirku.
Sungguh! Aku sudah tidak betah untuk terus berada di situ.
Aku sandang begku ke bahu dan terus melangkah menuruni tangga dewan menuju ke pintu keluar.
Aku memberhentikan langkah berhampiran prof Rashid.
"maafkan saya andai ada terkasar.
maafkan saya andai menyakitkan hati prof.
Prof harus tahu.
Kita hamba ALLAH..bukan hamba pada manusia....
assalamualaikum.."
Aku terus mengatur langkah keluar.
Waktu itu Prof kelihatan kematian kata.
Aku tidak tahu apa yang berlaku di dalam dewan selepas itu.
"Alhamdulillah.."
Terpancul lafaz yang mulia dan damai itu..
Benar..
Aku lega dan tenang kerana aku sudah lakukan sesuatu yang aku rasakan betul.
Rahmat ALLAH seperti bersamaku saat itu..
Kaki terus aku atur pulang ke kolej kediaman.
Dalam hati terdetik..'Akanku terus berjuang untuk secebis kain ini kerana cinta dan kasihku padaMU ya ALLAH..
Thursday, 21 March 2013
SaLiMuL AqIdAh~
AqIdAh yAnG SeJaHtErA
sebagai seorang muslim:_
1_-Mestilah kita tidak mengkafirkan orang ISLAM yang lain.....
2_-tidak mendahului makhluk berbanding Allah subhanahu wa ta'alaa..
3_-Mengingkari mereka yang mempersendakan ayat2 Allah dan tidak duduk bersama mereka...
4_-Mentauhidkan Allah pada ULUHIYAH dan RUBUBIYAH...^__^
5_-Tidak mensyirikkan Allah pd Asmaa',Sifat dan Afalnya...
6_-Menguasai mazhab2 islam yang membincangkan masalah Asmaa' dan Sifat disamping berpegang dengan mazhab Salaf..
7_-Tahu had sempadan muwalat(sokong) dan mua'adat(memusuhi)
8_-Sentiasa berkawan dgn orng yg soleh sbg qurbah dan qudwah...
9_-Yakin bahawa penghapusan dosa hanya dengan taubat nasuha...
10_-Yakin bahawa mati akan datang bila2 masa..
11_-Yakin bahawa masa depan adlh utk ISLAM..
12_-Merasai kemanisan IMAN..
13_-Merasai kemanisan ubudiah(tunduk kpd ALLAH)
14_-Merasai kehadiran malaikat Hafazah..
*bla baca ni mesti antum akan ada jugak benda yang tertanya2 dan nak bertanya...inshaAllah...cuba fahamkan dan bertanya......malu bertanya sesat jalan..wallahua'alam...^__^
~al-faqirah ilaAllah~
Wednesday, 20 March 2013
FARDHUL MUSLIM
10 FARDHUl MUSLIM
1. AQIDAH YANG SEJAHTERA (SALIMUL AQIDAH)
2. IBADAH YANG BETUL (SOHIHUL IBADAH)
3. AKHLAK YANG MANTAP (MATINUL KHULUK)
4. PERMIKIRAN YANG BERWIBAWA (MUTSAQQAFUL FIKR)
5. KUAT TUBUH BADAN (QAWIYUL JISMI)
6. BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN (NAFI'UN LI GHAIRIH
7. MAMPU MELAKUKAN GERAK KERJA (QADIRAN' ALA KASBI)
8. TERATUR DALAM URUSAN (MUNAZOMAN FI SHU-UNIH)
9. MENJAGA WAKTU (HAARISON' ALA WAQTIHI)
10. MELAWAN HAWA NAFSU (MUJAHIDUN NAFSI)
*Adakah anda telah mencapai sebagai individu muslim yg disenaraikan diatas???
10 perkara ni lah yang WAJIB ada dalam diri setiap manusia yang bergelar MUSLIM...sama-sama kita jadi MUSLIM sejati yang sentiasa berada dalam RAHMAT Allah Taala.......jgn lupa kita juga adalah seorang da'ie..bila mana kata da'ie wajiblah ada 10 perkara ni..
"man qala LAILAHA ILLA ALLAH,FAHUA AD-DAI'E"-"sesiapa yang berkata LAILAHA ILLA ALLAH,maka dia adalah da'ie(pendakwah)"
~ sodaqo rasulullah sollahu alaihi wasallam~

Friday, 8 March 2013
hati,hati dan HATI??
Bismillahirrahmanirrahim.....
salah ka kalau kita cuba untuk mengubah haluan kita...dari kelompok kejahilan kepada yang berilmu..Allah~
kadang2 sesetengah orang terlalu merasakan yang diri dia tak layak untuk jadi hamba Allah yang terbaik..memang kita bukan yang terbaik tapi kita cuba untuk jadi yang terbaik..kan3??!
kita akui Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sahaja manusia yang terbaik di dunia ini...tapi apa salahnya kalau kita juga cuba untuk jadi yang terbaik..
alaa....at least try jugak daripada tak buat apa2 kan??!apa yang penting kita di mata Allah..jangan hanya fikir kita di mata Manusia tapi lupa bagaimana kita di sisi Allah...
bilamana kata nak merubah hala tujuan kepada yang lebih baik mestilah NIAT yang betul ~pertama-tama dan selama-lamanya ,ikhlaskan niat~
hrmm....kita niat di mana?mestilah di hati..mana ada orang niat kat jantung ke,mata ke...err ada ka>??krekk,krekk..:))
sebenarnya salah tafsiran kalau kita kata perbuatan kita adalah berdasrkan fikiran kita...sebenarnya asalnya dari hati..kan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam pernah bersabda:
"di dalam diri setiap manusia ada seketul daging yang mana jika baik ia maka baiklah seluruh anggota tubuhnya,dan jika buruk ia maka buruklah seluruh anggotanya dan ia(seketul daging)adalah HATI"
haaaa.....hati,hrmm kalau kita fikir2 la..hati ni rahsia kita dengan Allah je la kan??betul tak?!kalau lah Allah jadikan yang kita boleh baca hati orang..bahaya tu!!nanti kalau kita nak buat khianat kat orang..mesti depa tau...plan tak jadik la macam tue..
hish!!jangan2 tak baek oo...sebab tue la Allah perlindung kita daripada orang tau..nanti terbuka aib kita,,AllAH!!sayangnya engkau pada kami.....<3<3
oleh yang demikian...jaga lah hati kita supaya tak kena jangkitan penyakit yang serious!!bukan kanser ka apa....tapi penyakit KRITIKAL macam DENGKI,DENDAM dan yang sama waktu dengannya...:)
kalau kita rasa benci kat seseorang tue...ISTIGHFAR LAH!(ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM)....dan cuba untuk memaafi dia......
~al-faqirah ilaALLAH~

Subscribe to:
Posts (Atom)